BEZA 4 DIGIT DAN 5 DIGIT (EXNESS.COM DAN INSTA) FRX30

  • Ditulis oleh
  • - Khamis, Februari 06, 2014
  • -
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Teknik Frx30Ver3 dan Teknik Frx30New berkesan samada untuk broker 4 digit atau 5 digit namun untuk TP (take profit) ada bezanya. Di dalam ebook kesemua panduan diberi hanya untuk trading di broker 5 digit sahaja. Jika anda ingin trade di broker 4 digit maka anda harus mengurangkan jumlah TP. Jika di H1 jumlah TP untuk broker 5digit adalah 100pip seperti yang di sarankan di dalam ebook maka jika anda trade di broker 4digit maka anda harus kurangkan kepada 10pip sahaja. 



Walau apa pun disiplin dan emosi memainkan peranan yang penting. Kenapa saya katakan begitu? Cuba ingatkan kembali saat kita terlepas signal. Jiwa kita rasa geram dan rasa nak ambik balik signal yang terlepas itu secepatnya. Keadaan itu membuatkan kita laju-laju nak lakukan entry dan tergopoh-gapah. Jadi kita kena sabar dan ingat bahawa itu bukan rezeki kita. Teliti signal lain dengan fokus dan hati-hati. Sekiranya kita sudah mahir. Kita tetap kena disiplin kerana kita tidak dapat kawal pasaran. Tambah-tambah jika kita suka-suka hati meletakkan volume yang tidak sepatutnya. 

Jom kita jumpa esok pula.
Selamat Maju Jaya.

Tiada ulasan: