FOREX: KITA BOLEH PILIH UNTUK PROFIT

  • Ditulis oleh
  • - Khamis, Januari 16, 2014
  • -
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ada dua jalan untuk forex: Trade Fokus dan disiplin untuk profit atau Trade Rambang tanpa hiraukan untung atau rugi sebab anda suka topup modal.

Trade Fokus:
Adakala satu hari tiada signal dan ada kala banyak signal. Tetap sabar nak tunggu signal lengkap baru entry. Jumlah entry sedikit tetapi konsisten untung sahaja tanpa loss. Sanggup tunggu signal lain bila ada signal sudah terlepas. Tidak entry di akhir trend. Tetap tunggu signal awal trend. Walau kadang sehari hanya dapat satu entry tetap punyai emosi yang stabil untuk trade pada keesokkan harinya. Hasil yang memuaskan dan bersyukur dengan berapa saja usd yang diterima. Modal membesar sedikit demi sedikit dan berkembang dengan baik. Bila modal naik sedikit boleh besarkan volume atau pun volume tetap sama tetapi dapat tambah jumlah entry pada satu-satu masa. Jika bermula dengan hanya satu entry pada satu masa tetapi kini sudah dapat lakukan entry lima atau enam pada satu masa. Kelebihan entry banyak dalam satu masa adalah kita dapat entry pair yang berbeza dalam satu masa.

Trade Rambang:
Gemar trade dalam keadaan kelam kabut dan tidak teliti signal dengan aman dan berhati-hati. Malas untuk refer setiap TF untuk mencari kekuatan trend. Malas untuk teliti kesemua pair yang ada. Tidak sabar menunggu signal lengkap. Suka entry awal sebelum signal lengkap muncul konon-kononnya nak ambil untung lebih sudahnya rugi bila berlaku reversal. Letak volume besar konon-kononnya nak ambil untung besar sedangkan tidak terfikir bila saja berlaku reversal rasa takut muncul dan terus cutloss dan rugi. Suka entry sekadar untuk nak ada post pada setiap masa walau entry tersebut tidak tepat. Entry dan berharap profit walhal tidak meneliti signal dengan sempurna. Sudahnya bila loss mula garu kepala dan mula pening. Mula rasa teknik tersebut tidak valid dan mula terjah forum untuk cari teknik baru. Sudahnya anda hanya menjadi pemburu teknik bukannya pemburu profit.

Pilihan di tangan anda. Saya harap anda tergolong dalam golongan Trader Tegar yang memburu profit dan bukan pemburu teknik. Tidak salah jika anda mahu punyai banyak kaedah namun seeloknya anda kuasai dulu satu-satu teknik dengan sedalam-dalamnya baru belajar teknik lain. Untuk kuasai satu-satu teknik memang memakan masa yang agak lama tertakluk pada tahap minat dan usaha anda. Ayuh kita kuatkan sengat kita untuk jadi lebih baik dari semalam.







Biasanya bila kita lakukan pengeluaran maka kita kena kira semula MM kita dan letak volume sejajar dengan modal yang kita ada. Dan pastikan kuatkan semangat kita untuk trade dengan tenang. Dalam keadaan kelam kabut banyak kemungkinan boleh berlaku. Umpama tersalah lihat. Tersalah klik buy untuk entry sell. Tersalah masukkan TP. 
Ok anda semua: saya tetap doakan anda semua berjaya dengan cemerlang.

Tiada ulasan: