TEKNIK FOREX: ANDA SEMUA ADA KEMAHIRAN

  • Ditulis oleh
  • - Selasa, Januari 14, 2014
  • -
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sebenarnya para trader tidak sedar yang anda semua memang ada kelebihan dalam skill teknik yang anda ambil sebagai satu kaedah untuk lakukan entry. Cuba semak semula. Setakat hari ini, berapa kali yang anda keluarkan keuntungan forex? Berapa jumlah? Berapa kali anda rugi? Sekarang sudah masuk tahun baru, jadi cuba kira pencapaian anda sejak Januari 2013 hingga Disember 2013. Tentu anda tersenyum lebar kerana anda memang telah berjaya. Cuba anda segan nak ikhtirafkan kelebihan anda. Nah sekarang anda tidak perlu risau. Teruskan dengan kaedah yang anda ada. Lakukan dengan lebih fokus dan disiplin. Jaga emosi, jaga money management, jaga masa anda. Dan sayangi lah usd anda. Jangan entry sewenang-wenangnya walau pun anda sudah otai. Tapi saya rasa blog ini tidak ramai otai-otai forex yang terjah. Dan saya suka nak sarankan pada para trader baru, anda boleh lakukan yang terbaik. Yakinkan diri.




Memang kita akui trading forex mudah tapi rumit. Namun bilamana anda sudah pegang dan mahir pada satu-satu teknik itu, nescaya anda tidak akan terasa rumitnya. Untuk mahir perlu banyak latihan. Perlu banyak stabilkan emosi. Perlu banyak bertanya. Walau apa pun taraf kemahiran anda, saya tetap mendoakan anda semua dapat profit dengan cemerlang dan sudah tentu berjaya profit dengan lebih baik dari saya. 

Selamat Maju Jaya.

Tiada ulasan: