FOREX TRADING DAN PRESTASI

  • Ditulis oleh
  • - Isnin, November 04, 2013
  • -
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Salam Maal Hijrah.

Saya suka bincangkan disini kenapa ada kelebihan untuk trade banyak akaun forex dalam satu masa  jika kita benar-benar mahir. Contoh yang saya pamerkan di sini adalah bila kita benar-benar mahir dengan teknik kita. Kelebihannya kita dapat ganda kan keuntungan dengan lebih cepat. Dasn kita boleh entry bertimpa-timpa. Lebih menarik bila kita boleh kecilkan modal dan tingkatkan keuntungan. Untuk yang menggunakan teknik frx30 boleh hubungi saya untuk saya jelaskan dengan lebih lanjut. Yang sudah install Teamviewer boleh set kan masa untuk kita lebih mendalami teknik ini. Saya mahu kongsikan dengan anda semua bagaimana trade santai dan profit dengan lebih konsisten.









Banyak jalan yang kita ada untuk buat pilihan asalkan kita mahu. Ada juga yang mengeluh. Dengan volume yang kecil bila boleh kaya. Jika nak kaya cepat kena ada modal besar. Di sini saya mahu anda trade selamat. Jika modal kecil kita merangkak-rangkak lah dahulu. Janji selamat. Apa nak kita terus berlari sedang kan merangkak pun belum mahir. Sudahnya bila jatuh tentu lebih menyukarkan kita.

Saya punya impian yang berbeza. Saya tetap mahu trade selamat dan konsisten. Perlahan-lahan membina profit tanpa loss dan terus besar kan amaun yang ada di dalam akaun kita. Kena sabar. Perlu sabar. Dan ini semua hanya untuk yang mahu bermula dengan modal yang kecil.

Cukup untuk hari ini. Kita jumpa esok pula. Saya tetap mahu anda berjaya. Genggam teknik yang anda ada dengan sempurna dan trade lah dengan berhati-hati.
Selamat Maju Jaya.

Tiada ulasan: