KENALI TEKNIK FOREX ANDA

  • Ditulis oleh
  • - Khamis, November 07, 2013
  • -
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ada trader yang nak lakukan entry dan tidak mahu langsung ada reversal. Namun kajian para guru, memang kadang kala berlaku juga reversal tetapi tidak cecah SL yang diberi. Jika ikut kiraan MM untuk teknik frx30new jika sentuh SL kita hanya rugi 10% sahaja dari modal kita. Tetapi jika lakukan entry tepat dan ada reversal kita jangan gusar kerana tidak akan cecah SL...Insyallah. Doa moga trading kita dipermudahkan Allah.



Yang jadi masalah jika anda letak volume yang lebih besar dari hasil kiraan MM dan berlaku reversal tentu takut dan terus cutloss. Bila cutloss emosi pun jadi haru-biru...terus jadi gelabah sebab dah hilang usd...terus badmood dan trading pun kucar-kacir kerana nak dapatkan kembali yang rugi tu. Rentetan dari situ lah bakal mengundang perkara-perkara yang lebih menakutkan. Jadi berwaspada lah anda. Untuk teknik frxnew kita lakukan entry di H1 maka TP adalah 100pip dan adakala lambat hit...kena sabar dan jika dapat lakukan 5 entry sehari sudah berbaloi. Lakukan entry dan letak TP off laptop dan sambung rutin harian. Bila free on semula laptop atau pantau via telifon bimbit jika sudah hit TP lakukan entry kedua pula.

Trade lah dengan sempurna dan saya tetap mendoakan anda.
Para trader yang saya kasihi: Selamat Maju Jaya.

Tiada ulasan: