FOREX: SATU ENTRY SATU PROFIT.

  • Ditulis oleh
  • - Ahad, Oktober 20, 2013
  • -
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Minggu lepas minggu kita umat Islam berhari raya. Saya begitu beraya sakan hingga hanya mampu fokus untuk satu entry sahaja. Dan tentu-tentunya hanya perolehi satu profit sahaja. Namun syukur. Dalam forex kita jangan tergopoh-gapah. Walau seminggu hanya satu profit sahaja, jangan bimbang kerana minggu berikutnya bakal datang untuk kita mengaut lagi keuntungan sekiranya kita telah kuasai teknik kita. Yang perlu takut adalah kita tidak mahir. Kita masih mencuba-cuba berbagai kaedah dan kesemuanya kita hanya fokus pada setengah-setengah sahaja kemahiran itu. Jadinya kita tidak menggenggam keseluruhannya. Dan mengakibatkan kita bercelaru. Sungguh seperti yang saya nyatakan. Mahirkan diri dengan satu-satu teknik pada satu masa. Teliti dengan sedalam-dalamnya. Buat latihan yang banyak. Pasti kita temui titik fokus yang buatkan kita tidak takut pada kerugian. Namun segalanya dengan izin Allah juga. Berdoa dan tawakal setelah bermati-matian berusaha memahirkan diri. Begitu juga dengan saya. Bila kita sudah konsisten. Kita rasa lega dan boleh saja ambil keuntungan yang kita mahu. Jika mahu banyak, kita berikan masa dengan lebih banyak untuk fokus trading. Jika kita hanya mahu sekitar 100usd atau 200usd, kita boleh trade hanya beberapa entry sahaja dalam seminggu. Dalam forex bukan mudah. Bila dapat satu kaedah baru, kita kena beri masa lebih untuk teliti cara kaedah itu berjalan. Lenggoknya, tarinya, kekuatannya, kelemahannya. Kekuatannya bakal mengawal kelemahannya. Setiap kaedah pasti ada kelebihan dan kekurangan. Kemahiran akan mengawal kita dari terjerat dengan kekurangan satu-satu kaedah tersebut.


Saya berharap para trader semua berhati-hatilah dalan trading jika masih belum mahir. Bagaimana kita boleh tahu yang kita belum mahir? Bila kita masih ada loss dalam trading kita. Berhati-hati tidak rugi. Ada trader suka trade dengan hasil yang ada profit dan ada loss. Tetapi tetap selesa walau loss lebih sedikit dari profit. Namun diluar sedar kita, bahawa semasa kita loss, emosi kita sedikit tergugat. Dan gangguan emosi menjurus kepada hilang sedikit fokus kita untuk trade pada keesokkan harinya. Akhir sekali. Jom kita fokus dan trade konsisten. Profit dengan baik tanpa loss. Kita sahaja yang mampu memilih untuk tidak loss.
Selamat Maju Jaya.

Tiada ulasan: