FOREX: JANGAN HILANG FOKUS

  • Ditulis oleh
  • - Selasa, Oktober 22, 2013
  • -
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kita mahu hanya profit. Saya pernah ingat kan bahawa jangan minta banyak dalam forex. Cukup sekadar apa yang kita mampu lakukan dengan masa yang kita ada. Jika kita adalah trader full time: itu adalah perkara lain. Yang saya cuba bincangkan adalah jika kita adalah part time trader. Kita ada kerja tetap. Dan tanggungjawab kita pada kerja tetap kita dahulukan. Trading adalah sampingan. Dan jika modal kita adalah 200usd untuk teknik frx30: kita tidak boleh minta profit sehari 500usd. Dari berpada-pada lah dalam memimpikan profit yang banyak dalam satu hari. Dan jangan kerana nak minta profit banyak maka kita cuba try-try kacukkan teknik lain ke teknik frx30 semata-mata untuk dapat usd besar...sudahnya loss besar yang kita dapat.

Saya sendiri sentiasa akur pada profit yang saya boleh capai. Jika saya ada komitmen lain maka saya tidak fokus pada trading. Apa lah yang kita perlu kejar jika kita tak punya ruang untuk fokus? Kita kena fikir kan dan sayangkan modal kita yang ada di dalam akaun forex kita. Walau sedikit dan walau hanya 200usd namun ianya amat bernilai jika kita dapat trade dengan disiplin. Andai kata kita tidak mahir, kita masih boleh trade dengan baik jika disiplin.


Mengapa saya katakan kita masih boleh trade dengan sempurna jika kita tidak mahir tetapi kita disiplin? Kerana: bila disiplin kita akan letak volume yang sepadan. Kita akan berhati-hati. Kita akan teliti signal. Kita akan jaga emosi. Kita akan lebih fokus. Jadi: jawapannya kita tidak akan lakukan entry bila kita rasa kita tidak confirm signal.

Baik: saya tetap doakan anda semua para trader yang saya kasihi.
Trade lah dengan selamat dan berdisiplin.
Selamat Maju Jaya.

Tiada ulasan: