FOREXTIGAPULUH BERKONGSI KEGEMBIRAAN

  • Ditulis oleh
  • - Jumaat, September 20, 2013
  • -
Asalamualaikum dan selamat sejahtera.

A : "Entry satu post dah seronok?"
B : "Ya...sebab profit."
A : "Tapi profit sikit je."
B : "Tak pe sebab tak ade loss....hehe."

Saya suka bila anda profit. Apa kesudahan hasil entry yang kita mahu? Profit. So kita memang dapat lakukan. Bagaimana? Di sini saya suka nak kongsikan...kita guna saja teknik yang kita ada...teliti lagi dan lagi. Beri masa yang secukupnya untuk menguasai teknik tu...rentak tarinya...lenggang lengguk nya...hayunan langkahnya...genggam kesemuanya. Pasti akhirnya berjaya. Tetapi bukan dalam satu hari atau seminggu...tapi sehingga anda benar-benar mahir.


Selok belok teknik bercabang-cabang. Jadi sesuaikan diri kita berhadapan dengan keadaan itu. Jatuh pada permulaan tak apa...bangun secepatnya dan cuba lagi. Dalam forex tidak boleh berputus asa. Sebab pasarannya berbeza-beza. Hari ni mcm ni...esok-esok mcm lain pulak. Apa nak takut.

Jom buang rasa takut dan rasa kecewa. terus berjuang kerana anda memang hebat bila anda seorang yang minat dengan trading.
Santai-santai trading tanpa tekanan...

Tiada ulasan: