TEKNIK FOREX MUDAH

  • Ditulis oleh
  • - Selasa, Ogos 20, 2013
  • -
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tidak semua teknik yang ada di pasaran mudah untuk kita. Teknik Frx30Ver3 dan juga Teknik Frx30New juga tidak mudah untuk sesetengah trader. Begitu juga dengan saya. Teknik yang menggunakan Fibo memang saya tidak mahir. Begitu juga yang menggunakan Trendline pun saya tidak pandai. EW lagi lah saya tidak cekap. Tidak di nafikan bahawa kita kena cuba kesemua teknik dan lihat prestasi kita. Yang mana kita cekap dan mahir. Namun kesemua teknik-teknik yang ada tetap memerlukan kita disiplin. Meletakkan volume yang tepat. Saya tabik pada yang mahir dengan Fibo...Trendline...EW...kerana saya pernah mencubanya namun saya tidak dapat kuasainya. Alhamdulillah dengan Teknik Frx30ver3 dan Teknik Frx30New saya boleh profit dengan baik walau dengan modal yang paling minima...tetap Alhamdulillah tiada loss.



Tetapi untuk anda. Trade lah dengan baik dan sempurna. Jangan cuba-cuba try di real acc dengan suka-suka lakukan entry jika signal belum lengkap. Emosi kita memang sukar untuk dipujuk bila berlakunya loss. Geram...sakit hati...meradang...menyumpah diri sendiri...tambah-tambah jika loss dengan usd yang besar...jadi kita nak balas dendam terhadap kerugian tu dengan nak trade cepat-cepat untuk ambik balik apa yang loss...saat itu lah kita trade dengan tergopoh-gapah dan bakal loss lagi dan lagi...tambahan pulak bila loss kita tidak mengira kembali MM kita untuk kurangkan volume...kita masih trade lagi dengan volume yang sedia ada sedangkan modal sudah berkurangan. Di situ satu lagi kesalahan besar yang kita lakukan. 

Info ini hanya untuk para trader baru...untuk otai-otai info ni sudah basi untuk mereka...
Jom kita trade walau dengan teknik apa sekali pun dan saya inginkan anda berjaya sebab tu saya sering mengingatkan anda...disiplin lah.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Bisnis forex adalah bisnis yang memberikan manfaat kepada trader. sekarang banyak trader yang bergelut dengan bisnis ini sambil tetap bekerja secara formal. bisnis forex ini bisa kita lakukan selama 24 jam sehari selama 5 hari kerja sehingga membuka peluang untuk trading kapan saja. sekarang saya menggunakan broker octafx yang sangat membantu saya dengan adanya Deposit ke akun anda dan dapatkan bonusnya ketika persib bandung menang tanding