PERINGATAN 3 : FOREX 30 DAN TEKNIK

  • Ditulis oleh
  • - Selasa, Mac 14, 2017
  • -
Bismillah.
Salam Sejahtera.

Saya tidak mahu sentuh langsung berkenaan teknik/kaedah/skill teknik forex yang lainnya.  Sebab saya tidak mahir yang lain nya selain Teknik Frx30Ver3 dan Teknik Frx30New yang saya cipta skill nya (bukan saya cipta Indi nya).

Teknik Frx30Ver3 dan Teknik Frx30New ada perbezaannya dari segi rupa bentuk Indi nya dan cara entry nya.  Jumlah TP dan SL juga berbeza.  Begitu juga TF yang boleh anda entry adalah juga berbeza.  Untuk lakukan entry dan untuk menguatkan pasaran menuju ke TP anda perlu gabung kan TF.  Kedua-dua teknik tersebut juga berbeza gabungan TF nya.  Anda boleh memilih nak guna yang mana yang anda selesa.  Namun sejurus anda memiliki kedua-dua teknik tersebut dari saya, anda dinasihat kan supaya guna Teknik Frx30New dahulu.  Saya guide melalui Whatsapp bagi yang ambil Pakej Online.  Bagi yang ambil Pakej F2F pula, anda perlu cuba buat latihan sekurang-kurangnya dua minggu atau sebulan sebelum berjumpa dengan saya.  Kerana saya ada sedia kan 13 Video Tutorial bagi memudahkan anda belajar menyesuai kan dulu kaedah tersebut sebelum berjumpa dengan saya.

Anda di nasihatkan supaya jangan tergesa-gesa guna akaun sebenar (real account) forex sebelum anda betul-betul mahir.  Untuk mahir anda wajib buat latihan melalui demo akaun dahulu.  Jangan mudah panik.  Jangan tergopoh-gapah nak kaya cepat.  Lakukan dengan sabar dan tekun.  Elakkan dari perasaan negetif.  Jika percubaan entry kali pertama anda gagal, jangan terus "give up".  Anda perlu cuba lagi dan lagi.

Tahap kemahiran tidak sama diantara para trader.  Ada yang terang hati dan cepat faham.  Anda yang ambil masa berbulan-bulan untuk faham.  Tetapi jika anda berlatih dua hari dan tinggal tiga bulan baru buka chart Frx30 semula, memang makan bertahun lah untuk mahir.

Anda wajib hubungi saya untuk bertanya soalan jika anda tidak faham.  Pasti kan anda baca Ebook Frx30 dahulu baru bertanya soalan bagi elak anda bertanya kan soalan "kurang cerdik" kepada saya.  Anda juga wajib baca Ebook Frx30 berulang-ulang dan lihat Video Tutorial juga berulang-ulang.  Takat baca sekali anda mungkin lambat faham kerana ilmu forex tidak sama dengan ilmu lain.  Ianya mudah tetapi "rumit".

Sekian untuk kali ini.
"Selamat Maju Jaya"
0124041152


Tiada ulasan: