PERANAN GURU FOREX DAN PELAJAR FOREX

  • Ditulis oleh
  • - Jumaat, Mac 22, 2013
  • -


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk memulakan trading forex pada asasnya perlu melalui bimbingan seorang guru forex jika kita tidak mampu mengkaji satu-satu teknik. Tidak semua diberi kelebihan untuk cepat mantap dalam menganalisis pergerakkan pasaran.

Guru forex bertanggungjawab mengajar bagaimana satu-satu teknik menunjukkan jawaban pada setiap pergerakkan pasaran. Melatih pelajar melakukan transaksi dengan sempurna. Melalui Teknik Forextigapuluh yang merupakan salah satu teknik yang mudah, guru forex perlu juga melatih pelajar mengawal emosi ketika trading. Mengajar bagaimana membuat kiraan MM (money management) dan juga mengingatkan supaya pelajar perlu bersabar dalam setiap langkah.

Pelajar forex pula perlu disiplin mengikut aturan yang telah disediakan melalui sesi pembelajaran forex. Menguasai perlahan-lahan disamping giat melakukan banyak latihan transaksi melalui demo akaun sebelum mahir sepenuhnya. Perlu bertanya pada guru jika ada sesuatu yang tidak faham. Jangan tergopoh-gapah untuk membuat profit.

Santai Trading Tanpa Tekanan.

Tiada ulasan: