MENGUASAI TEKNIK DAN BUKAN PEMBURU TEKNIK

  • Ditulis oleh
  • - Khamis, Mac 21, 2013
  • -


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apakala kita telah mendapat atau membeli satu-satu teknik, untuk mahirkan diri dan selesa dengan teknik tersebut memang memakan masa yang agak lama. Teknik Forextigapuluh adalah diantara teknik yang paling mudah. Hanya perlu lihat tunggu dan bila semua syarat untuk enter cukup maka boleh lah melakukan transaksi dengan selamat. Selepas melakukan entry terus letak TP dan SL. Selebihnya kita hanya tunggu hit TP sahaja.

Kita harus menguasai satu-satu teknik sehingga mahir. Lama kelamaan kita akan mahir. Jangan putus asa semasa sesi pembelajaran itu kerana setiap teknik tetap ada kelebihannya. Kita kena kuasai sehebat-hebatnya untuk mengatasi kelemahan satru-satu teknik. Jangan sesekali berpindah ke teknik lain seandainya kita belum betul-betul dalami isi kandungan ilmu tersebut.

Guru yang mengajar forex terlibat dengan ramai student jadi jika sesekali anda menghubungi dan tiada respon, jangan risau tetapi teruskan berhubung sehingga berjaya. 

Jika kita asyik berpindah randah teknik yang akhirnya kita tidak dapat kuasai satu pun. Keadaan itu amat tidak baik untuk kita. Trading kita akan jadi bercelaru. Ambil masa untuk mahirkan diri. 

Santai Trading Tanpa Tekanan.

Tiada ulasan: