HASIL PROFIT SELASA RABU KHAMIS DI EXNESS.COM

  • Ditulis oleh
  • - Jumaat, Januari 10, 2014
  • -
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Salah satu akaun forex saya hanya perolehi keuntungan yang sedikit untuk 3 hari trading. Namun saya akur dan bersyukur. Kerana konsisten tiada loss. Dan saya hanya trade pada masa yang saya dapat fokus sahaja. Bukan duduk di depan laptop sehari suntuk. Masih dapat lakukan rutin harian lain semasa profit sedang hit di akaun. Buka laptop, teliti signal. Bila lengkap, lakukan entry dan biarkan entry tersebut hit TP dan saya lakukan rutin harian lain di rumah. Mudah kan. Sesekali saya tinjau-tinjau akaun tadi via android dan bila dah hit TP saya kembali teliti signal lain pula.



Forex menuntut kesabaran yang tinggi. Mana tidaknya. Pasaran diluar kawalan kita. Kadang seharian tiada signal yang tepat dan kadang kita terlepas signal. Lalu kita murung dan bersedih. Kemurungan itu bakal mempengaruhi emosi kita untuk trade keesokkan harinya. Justru itu jika terlepas signal anggaplah itu bukan rezeki kita. 

Saya tetap doakan para trader semua moga berjaya lebih baik dari saya.
Selamat Maju Jaya.

Tiada ulasan: