BAGAIMANA TEKNIK FOREX MEMBANTU KITA?

  • Ditulis oleh
  • - Jumaat, Januari 10, 2014
  • -
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selain dari kawalan emosi, teknik membantu kita hanya selepas kita disiplin. Jika tiada disiplin, teknik sungguh-sungguh tidak dapat membantu kita semasa trading. Teknik tunjuk bila kita boleh entry dan tunjuk berapa pip yang patut kita ambil keuntungannya. Jadi jika kita tidak disiplin dan mengambil keuntungan sesuka hati, maka teknik yang kita ada tidak dapat menyekat dan mengawal kerugian kita. Ikut saja apa yang di sarankan oleh teknik kita. 

Bila trend sudah bertukar dari buy ke sell, makanya kita disiplin lah dan stop buy dan sabar menunggu signal lengkap sell pula atau berpindah ke pair lain. Itu termasuk dalam disiplin. Jangan tamak. Biar untung sedikit tetapi konsisten. Konsisten di sini bermaksud tiada loss. Kenapa kita tidak mahu berhadapan dengan loss? Untuk menjaga emosi kita bagi berhadapan dengan suasana trading esok harinya. Dan elak dari trade kerana atas desakan dengan masalah kewangan.







Anda ada teknik? Ya teruskan trading dengan teknik anda dengan yakin. Dan saya tetap akan beri semangat kepada anda supaya anda dapat trade dengan keuntungan melebihi dari apa yang saya dapat. Insyallah. Mahirkan diri anda dan ketahui lah bahawa anda tetap ada kelebihannya. Cabar diri anda untuk keluarkan kemahiran anda. Kadang kala anda tidak sedar ujud kemahiran trading yang lebih baik dari trader lain.

Selamat Maju Jaya untuk semua.

Tiada ulasan: