TRADE FOREX OKT25/2013

  • Ditulis oleh
  • - Jumaat, Oktober 25, 2013
  • -
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

9 akaun saya trade hari ni dengan sedikit keuntungan tetapi tiada loss. Alhamdulillah kesemuanya dengan izin Allah. Saya disiplin dan trade dengan keadaan fokus. Saya pasti anda semua mampu buat lebih baik dari saya. Dan untuk akaun iktrust saya bermula dengan modal 16.80usd untuk setiap satu akaun dan untuk hari ni kesemua 7 akaun iktrust dapat beri keuntungan sebanyak 28.64usd. Lebih kurang 80RM untuk sehari. Rasa bebaloi lah jika kita tiada modal yang banyak untuk memulakan trading. memadai dengan modal yang sedikit pun masih dapat jana keuntungan. Saya suka berkongsi dengan para trader yang tiada modal yang besar. Rata-rata trader yang masih baru tentu takut nak mulakan dengan modal yang banyak. Tetapi untuk trader yang dah lama ceburkan diri dengan forex tentu malas layan keuntungan yang sikit macam ni. Dan saya punya rancangan saya sendiri. Saya suka besarkan modal tanpa menambah dari duit sendiri. Bila modal sudah jangkau 500usd sudah tentu lebih besar keuntungannya. So saya hanya perlu sabar untuk seketika. Nanti saya akan kongsi kan dengan anda bagaimana perkembangan akaun ni.










Rata-rata hari ni hanya mampu dapat dalam 400pip untuk satu akaun. Its ok. Kita sambung Isnin depan pula. Semoga anda juga sama seperti saya. Tidak sabar menunggu untuk trading lagi dan lagi. Bila kita sudah kuasai teknik maka kita dapat mengawal kerugian kita.

Selamat Maju Jaya. 

Tiada ulasan: