KAEDAH TRADING UNTUK SEMUA LAPISAN

  • Ditulis oleh
  • - Khamis, Oktober 24, 2013
  • -
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Saya dapati trader terdiri dari berbagai lapisan umur dan latar belakang. Asal minat maka tiada penghalang untuk ada ilmu forex pada diri kita. Untuk menjadi trader tidak semestinya perlu lepasan ijazah atau orang kaya.

Dan kaedah forex juga ada berbagai-bagai. Dan semua trader boleh menguasainya. Asalkan ada usaha dan minat. Dalam sesi pembelajaran sila ambil peluang bertanya kepada guru anda jika anda tidak faham pada satu-satu part. 




Saya sentiasa mahu ingatkan pada disiplin para trader. Kerana ramai trader baru yang suka-suka meletakkan volume yang tinggi untuk capai keuntungan yang cepat. Tanpa disedari perlakuan itu akan menjadi kebiasaan. Kita boleh profit dengan baik. Walau sedikit kita harus akur kerana inilah maianan forex. Memang kita mahu untung berlipat kali ganda. Boleh. Asalkan kita beri banyak masa untuk fokus. Jika kita tak punya banyak masa, memadai untung yang sedikit tapi tanpa loss. Trade tenang. 

Volume memang penting dan jangan suka-suka buat kiraan MM diluar landasan yang disarankan. Saya berharap anda semua trade sempurna.
Selamat Maju Jaya.

Tiada ulasan: