PELAJARI ILMU FOREX LAGI DAN LAGI.

  • Ditulis oleh
  • - Khamis, Oktober 31, 2013
  • -
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Saya tahu ada trader yang suka belajar separuh jalan. Ada yang tekun dan ada yang ambil sebagai terlalu mudah. Tetapi untuk dalami ilmu forex kita perlu betul-betul teliti. Forex mudah namun rumit. Forex libatkan usd jadi jangan trade tanpa disiplin. Saya tahu. Untuk para trader memang nak yang mudah. Entry dan nak profit. Tetapi perkara yang perlu dilakukan sebelum entry itu yang sukar nak di ikut. Jika ada 6 syarat yang perlu ada untuk satu signal yang lengkap, jika baru muncul 5 sahaja...jangan lakukan entry...kena sabar. Yang itu yang saya rasa para trader dah awal-awal kalah. Kalah untuk sabar. Saya juga ingin cepat untung dan cepat profit namun saya sedar jika saya langgar aturan...trading saya tidak ke mana. Hanya berkesan untuk sebulan dua...selepas itu akan kecundang juga. So anda pun kena fikir begitu juga. Sabar dan sabar.


Forex. Singkatan dari dua perkataan. Sebutannya lembut...namun jika tersalah langkah bakal mengundang taufan pada usd kita. Sayangkan jika masukkan modal 1000usd tetapi tidak cekal berdisiplin maka dalam sehari pun boleh hangus begitu saja. Rata-rata trader yang mengalami kerugian hanya puncanya tidak disiplin. Dan saya mahu kongsikan disini: Saya juga manusia biasa dan ada rutin harian sebagai mana orang lain. Jika sewaktu saya buka platform dan tiada signal lengkap yng membolehkan saya lakukan entry...saya tetap tunggu. Kadang saya buka platform...signal baru saja berlalu...saya tahan kan diri supaya tidak lakukan entry kerana signal sudah berlalu. Itu termasuk dalam disiplin. Biar tak dapat lakukan entry daripada lakukan entry untuk loss. Pilihan dari dalam diri kita. So kenapa harus langgar dan mahu juga pilih untuk lakukan entry? Walau anda guna teknik dari mana pun...saya sedih jika saya tahu anda loss...dan anda suka entry untuk loss.

Kita jumpa esok...
Selamat Maju Jaya.

Tiada ulasan: