SANTAI TRADING TANPA TEKANAN

  • Ditulis oleh
  • - Selasa, September 10, 2013
  • -
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jika modal kita besar dan kita boleh meletak volume tinggi maka kita boleh bahagi volume kita kepada dua bahagian supaya kita dapat entry dua kali dalam satu masa. Boleh juga dibahagi kepada empat supaya dapat lakukan empat entry dalam satu masa.



Walau bagaimana pun jika kita mahu meletak keseluruhan volume untuk hanya entry satu post pada satu masa pun tetap baik untuk kita. Apa bezanya satu post dengan dua post? Kalau dua post kita boleh lakukan entry di pair yang berlainan jika ada signal. Dan ada kala kelajuan anjakkan pasaran setiap pair tidak sama. Ada yang cepat hit TP. Jadi bila cepat hit TP nya kita pun berpeluang fokus pada TF lain atau pair lain.

Semasa entry kita hampir-hampir menuju ke price TP...kita boleh lah fokus pada pair lain untuk stanby entry jika signal di pair lain hampir-hampir lengkap. Jadi entry kita jadi bersambung-sambung. Tiada ruang berhenti lelah...akhirnya membuahkan profit yang memuaskan. Insyallah.

Jom Kita Santai-Santai Trading...

Tiada ulasan: