KENANGAN HASIL TRADING DIBULAN JUN 2013

  • Ditulis oleh
  • - Isnin, September 09, 2013
  • -
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bila dikenang-kenangkan jatuh bangun dalam kehidupan...terasa begitu cepat masa berlalu. Diuji Allah dengan berbagai keadaan demi untuk menaikkan lagi semangat kecekalan kita supaya lebih tabah. Ramai di kalangan kita terjun dalam bidang forex bila dah buntu untuk mencari idea bagaimana untuk keluar dari masalah kewangan. Jika Allah izinkan jalan trading forex ini memang terbaik untuk kita maka DIA akan permudahkan kita. Allah akan permudahkan kita memahami teknik-teknik forex yang kita ada...Allah akan permudahkan kita berjumpa dengan guru-guru forex yang sesuai dengan keupayaan kita untuk mendalami satu-satu ilmu. Memudahkan segala-galanya.

Mai kita perhatikan price entry di chart ini. Kot-kot boleh pelajari bagaimana teknik frx30new berkerja. Dari price entry ke price TP. Mungkin dapat membantu sikit sebanyak kearah menambah idea untuk lebih mantap dalam trading.



Perlu saya jelaskan disini...blog ini hanya sesuai untuk para trader baru saja...untuk yang otai-otai rasanya dah terlebih mahir so mungkin kenyataan dan penceritaan di sini tidak memberi sebarang kesan kepada otai-otai forex.

Jom kita Santai Trading Tanpa Tekanan.


Tiada ulasan: