MONEY MANAGEMENT DALAM FOREX30

  • Ditulis oleh
  • - Selasa, Ogos 27, 2013
  • -
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kenapa perlu meletakkan kiraan MM dengan tepat? Dalam forex yang paling penting adalah MM. Satu-satu teknik di kaji bagaimana tepatnya satu-satu entry itu akan menuju ke price TP. Adakala sebelum laju terus hit TP akan ada juga berlaku reversal. Volume yang di sarankan untuk teknik frx30 boleh menampung modal jika berlakunya reversal. Tetapi jika anda meletakkan volume lebih besar seperti yang disarankan melalui ebook, maka anda memang berada di dalam keadaan yang amat bahaya jika berlakunya reversal. Walaupun reversal itu tidak berlaku selalu. 

Begitu juga dengan teknik-teknik lain. Sebab itu saya katakan bahawa jika kita trade...jangan trade dalam keadaan terdesak. Jika kita perlu duit yang banyak dalam waktu yang singkat menjuruskan kita melanggar disiplin dalam kiraan MM kerana nak untung banyak dan cepat. Dari sikap itu lah kita bakal down bila loss dan loss lagi. Untuk bangkit semula selepas loss...tak ramai yang cekal. 


Untung yang sikit tapi konsisten itu lebih baik. Konsisten dalam erti kata tidak loss. Saya boleh...anda tentu-tentunya lagi boleh. Saya tahu di luar sana ramai yang telah berjaya...hanya kerana mereka itu disiplin. Perlu ada kesungguhan untuk ikut semua rules yang ditetapkan oleh teknik anda. Bila tersasar...ingatlah matlamat kita terjun dalam bidang forex...tentu nak buat untung...jadi bersungguh-sungguhlah disiplin.

Ok jom hari ini kita cuba trade dengan tenang dan doa pada Allah moga dipermudahkan.
Jom Santai Trading Tanpa Tekanan.

Tiada ulasan: