FOREX PANTAS DAN KEMAS

  • Ditulis oleh
  • - Isnin, Ogos 26, 2013
  • -
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pantas untuk siapa? Sudah tentu untuk yang disiplin dan pantas lah untuk capai kejayaan. Kemas? Ye kemas untuk konsisten dan tenang jiwa dalam mengaut keuntungan. Tanpa ada desakkan masalah kewangan. Emosi kita yang kucar-kacir memberi kesan yang kurang baik semasa melakukan entry. Mengapa? Emosi yang menjurus kepada inginkan keuntungan cepat untuk keluar dari masalah kewangan boleh mendorong kita lakukan entry walau signal belum lengkap. Nampak macam boleh buy namun signal belum lengkap...jadi...jangan buy. Indicator dah tunjuk kata belum lengkap dan beri panduan suruh kita tunggu...kenapa susah sangat nak tunggu? Kalau malas nak tunggu...lihat pair lain atau pair yang sama tapi TF lain. Jika teknik frx30ver3 kita boleh trade di M5 hingga H4...maka lihat lah tiap-tiap satu TF dan jika tiada juga...pindah ke pair lain.









Walau apa pun yang berlaku. Jangan berputus asa andai anda ingin meneruskan trading anda selepas berlaku sedikit kerugian. Bagaimana kita kuat untuk bangkit kembali selepas rugi adalah lebih manis jika kita belajar dimana kesalahan kita tanpa menyalahkan orang lain. Tiap yang berlaku tetap ada pengajarannya. Rugi hari ini tidak bererti kita akan rugi selama-lamanya. Cara mana kita pulih dari kesedihan itu adalah kejayaan paling hebat untuk kita. Kadang kita terlalu lemah untuk berdepan dengan kekalahan. Namun kita kena ingat satu benda...ramai jutawan yang gagal berkali-kali sebelum menempah kejayaan besarnya untuk seumur hidupnya. Kita tidak perlu mengejar jutawan...cukup sekadar bebas kewangan dan dapat hidup tenang. Itu sudah cukup untuk kita.

Jom hari ini kita Santai Trading Tanpa Tekanan dengan teknik anda sendiri.

Tiada ulasan: