BAGAIMANA MEMBINA KEUNTUNGAN FOREX?

  • Ditulis oleh
  • - Rabu, Julai 17, 2013
  • -
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Luangkan masa untuk kita berbincang mengenai bagaimana kita mencorak keuntungan kita dengan kreatif. Contoh: Jika modal kita kecil sekecil 16usd. Kita boleh ambik mudah dengan suka-suka entry dan letak TP yang banyak diluar kemampuan modal kita. Jika untung sabut timbul...tetapi itu kita sudah tahu bahawa jika tersalah entry memang buruk sangat padahnya. Yang kita bincangkan di sini...biar pun modal kecil namun kita tetap disiplin. Jika TP untuk H1 adalah 200pip maka kita boleh saja hanya ambil 50pip profit...bila modal kita mengembang baru kita naikkan volume dan besarkan TP kita. Jadi dengan hanya modal kecil kita dapat beranakkannya menjadi besar tanpa loss. Di situ letaknya sabar kita. Sepanjang trading saya...saya sudah cuba dengan modal serendah 16usd dan saya dapati sebulan jumlah pip mampu cecah 4500pip so kita darabkan dengan volume 0.01 = 45usd. Jumlah yang sangat kecil namun kita campur dengan modal kita so jadinya 45usd + 16usd = 61usd so di tahap ini kita memang sudah selamat dengan volume 0.01...dan seterusnya bila capai 20 hari ke 6 jumlah pipnya mampu cecah puluhan ribu pip dan Insyallah jika disiplin kita bergerak tanpa loss. Saat itu baru tampak keberkesanannya trading kita...forex memang begitu...tetapi untuk yang mempunyai modal yang besar lain pulak kiraannya. Saya suka berbincang berkenaan individu yang mahu bermula dengan modal yang kecil. Semua orang tidak mempunyai dana yang lebih untuk trading. Perlu diingatkan bila modal berganjak ke 100usd maka volume kita pun ikut meningkat...jadi keuntungan pun berganda.










Apa yang saya bincangkan di sini hanya perkongsian untuk para trader baru yang minat berjinak-jinak dengan forex...untuk otai-otai forex...sudah tentu ilmunya lebih tinggi.

Tiada ulasan: