TEKNIK FOREX YANG SANTAI

  • Ditulis oleh
  • - Sabtu, Mei 18, 2013
  • -
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Saya masih bercuti namun saya luangkan masa juga untuk mencoretkan sedikit sebanyak hasil pengalaman saya dengan forex. Semua teknik forex memang ada kelebihan dan kelemahannya. Dan kiraan MM juga sesuai ikut rentak teknik tersebut. Misalannya jika kita guna dua teknik dalam satu masa, entry lah berdasarkan satu-satu teknik itu. Walau berbeza arah TP dan SL nya. Kerana tiap teknik ada syarat dan tip-tip nya.



Untuk mahir dalam forex bukan lah perkara mudah. Mudah semudah petik jari. Jangan hit TP kerana kebetulan. Jangan buatkan emosi kita kacau bilau semasa trading. Hasilnya amat buruk. Dan tidak semua teknik sesuai untuk semua orang. Kadang teknik yang sama itu orang lain trade boleh berjaya tetapi kita trade asyik loss saja. Di sini penting untuk bertanya pada cikgu forex anda dan ambil pendekatan belajar satu peringkat demi satu peringkat. Jika gagal. Jangan mudah menyalahkan orang lain. Fikir kan di mana ketidakmahiran kita. Kerana forex bukan perkara mudah dan forex teramat rumit. Bukan macam makan cendol.

Ayuh...mahirkan diri kita semua...
Santai Trading Tanpa Tekanan.

1 ulasan:

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.