FOREX : USAH BERSEDIH

  • Ditulis oleh
  • - Isnin, Jun 05, 2017
  • -
Bismillah. Assalamualaikum. Salam Sejahtera.
Kepada semua trader yang menggunakan Teknik Frx30 "file indi dari setting kod saya"

Saya tidak mencipta indi tetapi hanya mencipta skill dan mengubah setting kod indi nya supaya setara profit konsisten untuk panduan trade anda. Dah berapa hari kita berada dalam Ramadhan yang mulia ini? 10 hari kan. Alhamdulillah..trade di dalam bulan mulia ini memang santai dan full peningkatan kesabaran kita. Terlatih !

Sini saya kongsikan sedikit cara bagaimana anda boleh tingkatkan profit dengan lebih baik. Dalam sehari memang ada sahaja signal lengkap Frx30. Anda kena masukkan banyak pair supaya senang memilih pair yang valid. Jika Frx30 lengkap sell di EurUsd...Insyaallah di pair yang awal nya Usd tentu akan muncul signal lengkap buy. So anda kena rajin klik fokus kesemua pair. Malas klik mencari signal lengkap itu salah anda bila anda tidak jumpa signal yang cantik.

Lihat H1 dahulu. Jika di H1 baru ada tanda pertama...maka anda berpeluang entry di H1 apabila H4 telah lengkap 3 tanda trend yang sama dengan H1. Apabila anda telah cantik dapat entry di H1...anda akan berpeluang pula entry di M1 apabila TF gabungan yang lain nya juga lengkap 3 tanda trend yang sama.

Usah panik. Perlahan-lahan fokus satu persatu tanpa kelam kabut. Buang sikap tergopoh gapah. Untuk permulaan sebelum mahir memang anda biasanya terkial-kial mencari keserasian. Itu proses biasa bagi pembelajaran. Sabar dan banyak berdoa. Mohon Allah izinkan rezeki dengan mudah. Guna kelebihan kita.

Sekian dan selamat maju jaya.
sitiaishahshabudin
0124041152




Tiada ulasan: