FOREX : KEKUATAN DARI DIRI KITA

  • Ditulis oleh
  • - Khamis, April 27, 2017
  • -
Bismillah.
Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.

Kepada yang pernah gagal semasa trade forex, bangkit lah semula.  Jika anda benar-benar ingin jana pendapatan melaluinya.  Jangan pernah mengalah.  Yakin bahawa selepas kekalahan pasti akan ada kemenangan.  Hanya Allah ingin melihat usaha anda berlipat kali ganda lagi.  Tiada usaha yang kuat dan keras.  Bagaimana boleh berjaya dengan keras juga.

Kadang kala anda hilang panduan.  Keliru dengan sistem yang anda ada.  Jadi apa perlu anda buat?  Tenang kan diri.  Fokus dari garisan awal.  Buka muka surat pertama ebook teknik forex anda, dan baca semula perlahan-lahan.  Kosong kan minda anda dari fikir sebarang masalah lain.  Insyaallah.  Anda akan dapat semula keyakinan anda.

Jika anda bermula dengan gopoh-gapah, serabut dan kelam kabut, anda akan hilang arah.  Anda jadi tamak.

"Mula trade akaun sebenar tanpa faham dan hadam elok kesemua teknik juga satu sikap TAMAK"  Kenapa saya kata begitu?  Kerana anda tamak nak untung sedang kan anda belum mahir.  Jangan fikir untung selagi anda masih ada rugi di demo akaun.  Bukan anda tidak ada platform untuk berlatih.  Cuma anda malas.  Segan nak berlama di demo.  

Bangkit dan kejar kejayaan.

Sekian.
Selamat Maju Jaya.
sitiaishahshabudin.
0124041152





Tiada ulasan: