ELAK KERUGIAN DALAM FOREX

  • Ditulis oleh
  • - Isnin, Jun 13, 2016
  • -
Salam Sejahtera. Ramadhan 8.

Dah seminggu kita berpuasa. Sat saja masa berlalu. Ok! Jom saya kongsikan kepada anda bagaimana untuk elak kerugian. Melalui Teknik Frx30. Mudah. Untuk Frx30New ada beberapa syarat yang wajib anda ikut. Jika syarat tidak muncul anda jangan panik. Itu bermakna Frx30 juga beri panduan kepada supaya jangan entry. Jika anda entry juga anda akan rugi. Frx30 dah hint anda supaya jangan entry. (elak rugi)

Gabungan TF. Lihat H1 dahulu pun boleh. Lihat H4 dahulu pun boleh. Saya suka lihat H1 dahulu. Jika H1 baru ada tanda pertama, maka anda berpeluang entry di H1 jika H4 telah lengkap tiga tanda lengkap.
Jika H1 telah lengkap tiga tanda dan H4 juga telah lengkap tiga tanda atau memadai hanya ada satu tanda pertama maka anda berpeluang entry di M1 apakala M1 dan M5 juga lengkap tiga tanda. (kena follow dan disiplin)

Untuk elak rugi lagi, masukkan lot yang betul. Buat kiraan MM dengan betul. 10% yang saya beri melalui carta MM Frx30 itu adalah bermakna jika anda hit SL maka anda hanya rugi 10% dari magin anda. Jika anda letak 50% di carta kiraan MM, maka anda akan rugi 50% dari magin anda jika hit SL. Tetapi lot anda perolehi lebih besar jika hit TP.

Seterusnya : jaga emosi anda. Emosi main peranan penting! Jika emosi sedang serabut dan kacau bilau pun boleh menjurus kepada kelalaian semasa fokus syarat entry.

Sekian Terima Kasih.
selamat maju jaya.
sitiaishahshabudin.
0124041152




Tiada ulasan: