Salam Sejahtera.
Saya beri contoh untuk Teknik Frx30New bagi TF M1. Syarat penting adalah dari H4. Apakala H4 telah muncul 3 syarat lengkap ATAU hanya ada syarat pertama sahaja. Yang saya maksudkan " TELAH MUNCUL" di situ adalah kita buka TF H4 kita tengok syarat telah ada. Bukan baru nak jadi.
H1 pun telah muncul 3 syarat lengkap. Telah muncul juga bawa makna telah terjadi beberapa saat atau minit. Tetapi belum muncul syarat yang bertentangan.
M5 pun telah lengkap 3 syarat.
Maka kita beralih kepada M1. Di M1 syarat pertama akan muncul dahulu. Kita tunggu seketika sahaja supaya syarat kedua dan ketiga muncul serentak depan mata kita. Saat itu kita entry dan terus masukkan jumlah TP seperti yang saya sarankan dalam ebook.
Jika anda punyai volume yang besar. Bahagi kan volume anda untuk entry lebih dari satu apabila price revers.
Jangan letak jumlah TP lebih dari yang saya sarankan. Jika letak lebih nanti pasaran tidak dapat menjangkau price TP anda. Pasaran biasa akan mencari angka 00 dihujung price yang terdekat sebelum kembali melakukan reversal bagi mengambil kekuatan untuk terus lonjak ke atas atau ke bawah ikut kepada trend semasa.
Teknik Frx30Ver3 dan Teknik Frx30New perlu kan signal pasaran semasa dan buka signal kehadapan. Jadi anda perlu fokus sebelum entry dan sesudah lakukan entry dan masukkan jumlah TP anda boleh off platform jika perlu.
Jika ada sebarang masalah bagi yang mempunyai Pakej Frx30 untuk servis guide online, boleh whatsapp saya jika masih belum mahir.
Saya doakan anda:
Selamat Maju Jaya!















Tiada ulasan:
Catat Ulasan