Salam Sejahtera.
Pip jadi mudah anda perolehi bila entry tepat. Untuk Teknik Scalping Frx30New, anda perlu pasti kan kesemua syarat entry telah lengkap. Baru anda entry. Walau pun satu tidak lengkap. Jangan entry. Dan anda jangan sesekali ghairah nak entry awal sebelum signal lengkap. Konon-konon nak entry paling atas atau paling bawah. Itu memang bahaya kerana pasaran bukan dalam kawalan anda. Pasaran tidak akan ikut kemahuan anda. Sebaliknya anda yang perlu ikut arah pasaran.
Untuk entry di H1 Frx30New. Anda perlu fokus H1 dahulu. Jika H1 baru muncul syarat pertama. Anda memang berpeluang entry di H1 apakala H4 telah lengkap 3 syarat. Telah lengkap bermaksud ketiga-tiga syarat itu telah muncul. Anda boleh lihat video yang saya beri melalui Google Drive.
Selamat Maju Jaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan