Selamat Sejahtera.
Semua trader mahu untung yang konsisten. Bermaksud untung walau sikit tetapi anda tahu bahawa entry anda memang akan hit TP. Bagaimana anda mahu memilih entry tepat? Dengan faham kaedah yang anda guna. Untuk Frx30 anda fokus kepada H1 dahulu. Jika H1 telah ada syarat pertama. Maka anda beralih kepada H4. Jika di H4 telah lengkap 3 syarat, maka anda stanby untuk entry di H1. Dan jika anda fokus H1 dan anda dapati H1 telah lengkap 3 syarat maka anda beralih pula ke H4 dan anda dapati H4 hanya ada syarat pertama atau lengkap 3 syarat. Maka peluang anda adalah entry di M1. Sementara M5 juga dalam keadaan valid signal yang sama. (baca perlahan2 apa yang saya katakan)
Jumlah TP juga penting. Jika anda masukkan lebih dari yang saya beri, pasaran tidak sempat hit TP tu dan besar kemungkinan akan revers. Jalan mudah. Letak tepat. SL pula akan mengawal kerugian anda jika anda tersalah entry. Sebelum mahir tentu anda masih merangkak2 dan adakala anda mungkin tersalah entry. Jika hit SL pun anda hanya loss 10% sahaja dari jumlah keseluruhan modal anda. Anda jangan khuatir. Namun saya harap anda mahirkan diri perlahan2 dan jaga emosi anda semasa trading.
Saya tetap doakan anda semua Selamat Maju Jaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan