Salam Sejahtera.
Dulu saya mula-mula trade saya selalu mahu untung besar. Tetapi modal kecil. Untuk Teknik Frx30 itu tidak mungkin. Keuntungan berdasarkan kepada tahap kemahiran anda, modal anda, masa anda beri untuk trade dan arah pasaran. Semua berkait.
Sebelum mahir bina keyakinan diri bahawa anda mampu capai tahap keuntungan yang baik. Tetapi dengan perlahan-lahan. Semua ragam trader tidak sama jadi saya cuba pujuk anda semua supaya mempunyai ragam yang sama dibawah tajuk Disiplin. Kenapa saya seru anda semua untuk profit dengan konsisten? Sebab anda boleh profit dengan baik.
Cuba lah pegang tahap kesabaran yang lebih tinggi. Tak rugi jika anda sabar. Kemana sangat yang anda nak lari? Mahirkan diri dulu. Lepas tu anda nak trade dengan pejam mata sebelah pun tiada siapa nak larang. Tetapi sebelum itu, anda kena lah belajar berdisplin. Belajr hingga mahir. Jangan letak had masa untuk mahir. Ada yang cepat dan ada yang lambat.
Saya tercari-cari ayat apa lagi yang saya nak beri kepada anda supaya anda rajin buat latihan dan tingkatkan kemahiran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan