Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bukan mudah untuk jadi trader yang berdisiplin dan berhati waja. Trade dengan santai dan entry sempurna. Kenapa saya suka sarankan entry sempurna. Kerana untuk jaga emosi kita. Jika loss. Emosi jadi kacau. Dan untuk trade esoknya tentu rasa tidak selesa. Jadi saya nak emosi anda semua terjaga. Saya sedia maklum apabila trade dalam keadaan kelam kabut dan tidak fokus.
Saya sentiasa positif tentang Forex. Dan saya akan bebaskan diri dan berlapang dada ketika trading. Apa saja profit yang saya dapat. Terima dengan seadanya. Untuk trader yang baru berjinak2 dengan Forex, saya suka sarankan supaya anda kental. Mahirkan diri dengan teknik perlahan2. Jangan nak cepat capai ilmu hingga tergopoh gapah dan ilmu di telan tidak hadam. Semua trader berbeza. Itu selalu saya nyatakan.
Saksikan Video entry saya di FB Forex Tigapuluh dan juga di Page Forex Tigapuluh. Hampir setiap hari saya muat naik video entry saya. Sekadar untuk naikkan semangat para trader baru. Cekal kan hati dan patuh kepada disiplin teknik anda. Jangan bantah apa2 saja yang disarankan oleh guru forex anda.
Semua teknik sama saja. Mengarahkan kita untuk profit. Yang membezakan kita hanya tahap disiplin kita sahaja. Jika kita guna teknik pertama kita tidak berjaya kerana kita tidak disiplin maka jika kita beralih kepada teknik kedua pun sama juga prestasinya jika kita juga tidak disiplin.
Kepada anda semua..
Selamat Maju Jaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan