CARA ENTRY FRX30NEW

  • Ditulis oleh
  • - Jumaat, Disember 12, 2014
  • -
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pilih cara entry yang santai. Hanya entry bila signal lengkap sahaja. Saya ulang..hanya signal yang lengkap sahaja. Untuk scalping di M1 seperti yang saya sarankan melalui ebook. Hanya apabila H4 telah ada 1 tanda pertama atau telah ada 3 tanda lengkap dan H1 telah lengkap 3 tanda..saya ulang..H1 lengkap 3 tanda..baru lah lihat M1 dan entry di M1 apabila lengkap 3 tanda di M1.

Nampak dan rasa seperti sukar. Tetapi hanya untuk permulaan sahaja. Apabila telah selesa dengan nya maka kesemuanya jadi mudah. Dan saya sarankan bagi yang baru beli Teknik Frx30..sila cuba di demo akaun dahulu. Untuk selesakan diri ambil masa cuba di demo tidak salah. Jangan ambil risiko terus cuba di real account.

Saya tidak pernah mengajar trader baru untuk terus trade di real account. Sebab saya nak trader baru buat latihan dulu. Paling terbaik, trade di demo hingga tiada loss di demo baru lah deposit real account. Senang kan.














Esok kita cuti..jumpa lagi Isnin..Insyallah.

Tiada ulasan: