BEZA ENTRY ANTARA H1 DAN M1 FOREX TIGAPULUH

  • Ditulis oleh
  • - Jumaat, Mei 12, 2017
  • -
Bismillah. Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Saya rehat dari trade dua tiga hari ni. Tetapi saya tetap beri semangat kepada anda semua. Trade lah dengan cemerlang. Dengan kasih kepada kewangan anda. Jangan bagi rugi. Trade dengan santai. Dengan jiwa anda. Bukan dengan jiwa perosak yang suka kepada "tamak"

Entry di H1 ada bezanya dengan M1 bagi Frx30New. H1 pergerakkannya panjang dan perlahan dari M1. Kiraan MM bagi H1 jugak beza. Lot anda akan dapat lebih kecil dari Kiraan MM bagi entry di M1. Tetapi jumlah TP H1 lebih besar dari jumlah TP M1. Perlu anda ketahui bahawa reversal di H1 panjang. Tetapi reversal tidak cecah SL Insyallah. Anda kena entry tepat.
Pastikan H4 lengkap kesemua 3 syarat baru anda boleh entry di H1.

Trade dengan bertenang.

Entry di M1 perlu mahir lebih keras. M1 laju naik turunnya. Kena pastikan M5 lengkap 3 syarat. Jika M5 tidak lengkap memang M1 tidak capai price TP. "jangan ketegaq pi entry jugak di M1 masa M5 tak lengkap 3 syarat lengkap"
Entry di M1 lot anda lebih besar sedikit. Jumlah TP lebih kecil tetapi entry banyak kali. Pegang disiplin. Insyaallah anda cemerlang.

sekian dan selamat maju jaya
sitiaishahshabudin
santai trading tanpa tekanan




Tiada ulasan: