Salam Sejahtera.
Trader baru memang ghairah untuk kaut untung. Tetapi saya perlu nyatakan kepada anda bahawa Forex memang mudah namun ianya rumit. Kena pandai ilmu dan kena ada tahap disiplin yang kuat. Emosi yang stabil.
Ada yang tidak faham apakala saya kata kan kena disiplin. Apa itu disiplin dalam forex? Ianya meliputi Kiraan MM kena betul, ada ilmu cara entry, kena ada kesabaran dan kena ikut aturan. Kesabaran pula ada pecahan-pecahannya. Salah satu nya adalah tamak. Anda dinasihatkan jangan tamak. Bagaimana anda boleh dikatakan tamak? Bila anda letak TP besar dari yang sepatutnya. Entry pada signal yang tidak lengkap. Trade tergopoh-gapah juga tamak namanya.
Ilmu : anda kena ada ilmu supaya anda tidak meneka semasa lakukan entry. Ilmu untuk kawal kerugian. Ilmu untuk anda konsisten profit. Ilmu untuk anda trade tenang.
Sekian.
Selamat Maju Jaya.
Siti Aishah Shabudin.
+60124041152.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan