Salam Sejahtera.
Ramai yang suka trade forex. Dan ramai suka 'try n error' tetapi tak ramai tahu bahawa adakala kita tak perlu laku kan itu semua. Jika kita tak punya banyak masa. Trade dengan berilmu. Belajar berdisiplin dahulu sebelum terjun sepenuhnya ke dunia forex.
Disiplin terbahagi kepada banyak bahagian. Emosi. Cara entry. Jumlah volume. Persekitaran.
Saya huraikan bab emosi. Jiwa serabut adakala buatkan anda nampak tak nampak. Signal belum lengkap tapi di sebabkan emosi anda tidak tenang. Anda fokus signal tidak tepat.
Cara entry pula. Biasanya anda gemar entry awal konon-kononnya nak untung banyak. Walhal masa tu signal belum lengkap. Jadinya pasaran reversal. Nah! Anda loss.
Jumlah volume! Biasa nya bagi yang emosi tak tenang. Entry tergesa-gesa dan masukkan jumlah volume besar dari jumlah yang sepatutnya. Maka semasa reversal. Modal tidak dapat menampung. Akhirnya loss lagi.
Persekitaran yang kelam kabut dengan emosi serabut. Bagaimana anda dapat ketenangan untuk lakukan entry tepat dan tidak tamak. Maka anda perlu belajar disiplin.
Walau siapa pun anda. Saya tetap doakan anda Selamat Maju Jaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan