Salam Sejahtera...
Ada ilmu dahulu. Walau dari cabang mana sekali pun. Itu tidak penting. Yang penting anda dapat mahirkan diri. Daftar akaun forex (demo) dari mana-mana broker. Masukkan indicator jika kaedah anda menggunakan indicator. Perlu di ingatkan semasa anda daftar akaun forex, pilih lah leverage yang paling besar. Contoh untuk Broker Exness adalah 1:2000
Buat latihan sebanyak mungkin yang boleh sehinggalah di demo akaun tadi tiada kerugian langsung baru lah daftar akaun sebenar.
Hubungi guru forex anda apabila anda tidak faham. Itu teramat penting. Tanya saja berapa banyak soalan hingga anda mahir.
Ramai yang telah berjaya sebagai trader. Anda juga boleh apabila anda usaha dengan lebih kuat. Usaha untuk mahirkan diri supaya pandai mencari signal-signal yang baru muncul. Trade dengan tenang. Itu penting. Jika anda dalam keadaan kelam kabut. Anda bakal hilang fokus.
Kiraan MM teramat penting. Jika anda tersalah entry semasa anda belum mahir, tetapi MM anda tepat maka anda akan sedikit selamat.
Walau apa pun keadaan anda. Saya doakan anda: Selamat Maju Jaya!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan