FOREX30NEW: MEMADAI SEADANYA

  • Ditulis oleh
  • - Isnin, Januari 20, 2014
  • -
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Untuk sebelah malam pula ada sedikit lagi keuntungan yang diperolehi. Tunjuk kata. Kita mampu dapat juga profit untuk sehari trading. Kita sambung esok pula. Walau pun begini. Disiplin tetap kena kuatkan. Bila ada signal lengkap di satu-satu pair, kita boleh kaut profit di pair berkenaan saja dan himpun profit sikit demi sikit. 

Saya hanya ingin kuatkan semangat anda semua. Jika berlaku kerugian di awal penglibatan anda dalam forex, jangan putus asa. Terus teliti lagi teknik yang anda ada untuk betulkan kesilapan.




Trade selamat dan ikut kiraan MM yang ditetapkan. Akaun bermodal kecil trade dengan selamat dan besarkan perlahan-lahan. Jangan ambil risiko dengan meletakkan volume yang tinggi. Modal bukan ukuran. Jika mahir modal kecil pun dapat di besarkan dengan selamat. Jika tidak mahir modal besar bakal jadi kecil juga. Jadi pentingkan kemahiran dulu sebelum masukkan modal yang besar. Jika dapat mentenkan akaun bermodal kecil maka anda sememangnya telah mahir.

Jom kita tutup kedai dan kita jumpa esok. 
Selamat Maju Jaya.

Tiada ulasan: