FOREX30 : PILIH ENTRY YANG SELAMAT

  • Ditulis oleh
  • - Jumaat, Januari 24, 2014
  • -
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Terlopong kita bila lihat market turun sedang kan teknik kita tidak muncul signal lengkap sell. Dalam hati menyumpah seranah. Kenapa tiada signal sell sedangkan market turun melulu laju? Kerana Teknik Frx30 tidak bertembung dengan news. Jika untuk trade news kita kena guna teknik yang berkenaan. Emosi semasa lihat market laju membuatkan kita geram dan meradang. Namun kita harus ingat. Jika kita lakukan entry pada signal yang tidak pasti maka di mana kita harus letak TP? Apa kesudahan entry kita? Apa salahnya kita abaikan market yang menjunam dan sabar tunggu signal yang lain muncul atau beralih ke pair lain. Trade selamat dan di sini lah menguji kesabaran kita. 





Profit walau kecil boleh membesar dengan baik tetapi jika profit besar di susuli dengan loss maka sikit sebanyak boleh mengganggu emosi kita. Modal bukan ukuran. Kemahiran yang penting di samping kesabaran yang tinggi. Saya tahu. Kebanyakkan trader bosan dengan nasihat sabar atau disiplin. Ada yang kata : Bila nak kaya kalau asyik-asyik sabar dan trade dengan volume kecil. Tetapi bila loss. Baru fikir. Kalau letak volume kecil tidak lah loss besar. Untung kecil tidak menjadi kudis. Syukur dan sudah tertulis itu saja rezeki kita selepas kita telah berusaha. Tetapi loss besar bakal menjadi barah dalam emosi kita. 

Hari ini saya tutup kedai awal. Kita jumpa Isnin pula.
Doa saya untuk para trader : Selamat Maju Jaya.

Tiada ulasan: