KIRAAN MONEY MANAGEMENT DALAM FOREX

  • Ditulis oleh
  • - Ahad, November 24, 2013
  • -
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apabila kita trade, kita tentu tidak mahu keseluruhan modal kita hilang jika kita terkena SL. Jadi untuk elak dari kerugian yang banyak. Kita gariskan satu carta kiraan MM untuk kawal kerugian kita. Berapa % yang kita sanggup rugi jika terkena SL? Kalau kita hanya rela kehilangan 10% sahaja dari modal kita semasa trading di H1 untuk Teknik Frx30New maka kita ikut carta ini:

Modal 200usd (bahagi) 10% (darab) SL H1 2000 = 0.01

Jadi kita hanya akan kehilangan 10% dari modal kita jika hit SL. Namun kita tetap disiplin supaya tidak hit SL dan lakukan entry dengan tepat. Dan jika kita rela untuk hilang 50% dari modal kita semasa trading di H1 dengan Teknik Frx30New maka kita buat kiraan begini:

Modal 200usd (bahagi) 50% (darab) SL H1 2000 = 0.05

Jadi volume kita adalah 0.05 untuk trade di H1 dengan modal 200usd dan jika hit SL maka kita bakal kerugian 100usd. Namun jika kita memang mahir sebetul-betul mahir dan tidak gentar serta emosi stabil, letak lah volume yang kita yakin.

Ini saya lampirkan dua akaun yang berbeza dari Teknik Frx30New dan satu lagi dari Teknik Frx30Ver3 pada hari yang sama.





Kedua-dua teknik beri signal yang memuaskan. Hanya kita boleh pilih untuk trade yang mana ikut keselesaan kita.
Saya doakan anda semua Selamat Maju Jaya.

Tiada ulasan: