JANGAN TAMAK DALAM FOREX

  • Ditulis oleh
  • - Rabu, Oktober 23, 2013
  • -
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ramai guru forex berpesan: jangan sesekali tamak dalam trading forex. Sudahnya bakal loss dan loss. Akan tetapi seandainya anda loss. Bangkit semula dan jangan berpaling ke belakang. Dengan baki modal yang ada anda tetapkan hati dan yakin bahawa kesalahan yang telah anda lakukan tidak anda ulangai. Bangkit dengan semangat baru dan trade semula dengan lebih disiplin. Jawapan kepada loss: Tidak disiplin. Jadi tetapkan dan pahatkan dijiwa bahawa anda akan lebih disiplin dan disiplin.

Lupakan peristiwa hitam dan maju kehadapan. Banyak teknik yang ada. Pilih satu yang anda selesa. Tanya diri anda. Mahu yang bagaimana? Fokus dan mahirkan diri. Bukan sehari dua saja selepas belajar anda akan mahir. Jadi ambil masa dan beri sepenuh perhatian kepada latihan dan disiplin.

Sekarang dah pukul 0416 pm 23/10/2013 so saya telah hit tiga entry dan dapat sedikit keuntungan. Ok cukup untuk hari ini dengan hasil dari salah satu akaun saya. Untuk penelitian anda semua. Saya pamerkan SS di sini untuk anda cuba belajar sesuatu. 


Saya yang sentiasa mahukan anda berjaya. Untuk para trader yang telah miliki teknik saya, sila majukan soalan jika masih ada yang blur atau sebagainya.
Selamat Maju Jaya.

Tiada ulasan: