FOREX : FOKUS

  • Ditulis oleh
  • - Isnin, September 30, 2013
  • -
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Saya suka dan bangga dengan pencapaian salah seorang trader yang baru menggunakan teknik frx30. Tahniah dan syabas. Biar pun hanya menggunakan volume 0.01 namun entry dengan tepat dan hit TP dengan mudah merupakan satu kejayaan yang amat cemerlang. Nampak mudah dengan forex namun untuk jadi trader yang hebat tidak mudah. Jika kita ingin kaut keuntungan kita tidak perlu susah payah mengkaji apabila kita  sudah pun membeli satu sistem forex. Hanya perlu guna ikut peraturan yang diberi. Kalau kita nak kaji dan campur aduk dengan sistem lain...itu bukan nak kaut untung...tapi nak mencipta satu sistem baru. Jadi semasa proses cipta sistem baru...kita adakala tidak boleh kaut untung. Jadi pilih antara dua. Tidak salah untuk mengkaji jika kita punyai banyak masa dan banyak idea. Dan kita memang bercita-cita untuk adakan satu sistem baru. Jadi maksud di sini. Guna hanya satu sistem atau kaedah dalam satu-satu masa untuk profit. Jika guna banyak kaedah tentu boleh pening jugak dibuatnya.


Saya bangga dan mahu ramai yang berjaya dalam trading. Tapi kena disiplin lah. Kadang kala saya rasa sedeh bila mana ada trader yang tidak mahu trade dengan sempurna. Kata nak profit tapi langgar peraturan jadi di mana profit akan muncul. Benda yang jangan tu memang kena jangan buat la.

Akhir sekali. Syabas untuk yang dah berjaya tidak kira guna teknik dari sistem mana sekali pun. Dan saya sentiasa mendoakan semua trader berjaya dan berjaya.

Tiada ulasan: