BAGAIMANA MENANGANI EMOSI KETIKA LOSS

  • Ditulis oleh
  • - Khamis, Julai 04, 2013
  • -
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ketika kita baru hit Stoploss atau cutloss atau apa sahaja yang sama keadaan dengan loss semasa trading...hati kita sakit sangat kan dan geram dan rasa menyesal kenapa kita lakukan entry tu. So sekarang saya cuba heret anda semua bagaimana menangani perasaan tu supaya dapat laku entry berikutnya dengan lebih sempurna.

Selepas berlakunya loss:
1. Tarik nafas dan lepaskan perlahan-lahan.
2. Ingat semua ajal maut dan rezeki di tentu Allah.
3. Off kan laptop atau komputer anda dan jangan trade lagi.
4. Tenangkan hati anda ikut kebiasaan anda: ada yang suka cari kawan...ada yang suka terus solat...ada yang suka diamkan diri. Lakukan semua tu ikut keselesaan diri.
5. Bila perasaan kembali tenang...on kembali laptop atau komputer anda...tengok balik dimana silapnya entry tadi. Usah lakukan entry sehingga kekuatan datang balik. 
6. Tandakan price entry tadi supaya dapat teliti kembali dimana silapnya supaya tidak terulang.
7. Keesokkan harinya baru lakukan entry semula.

Ingatlah apa sahaja yang terjadi tetap ada hikmahnya. Allah sentiasa uji kita untuk naikkan darjat kita. Usah bersedih. Walau kadang kita memang dah ikut 200% aturan namun masih loss...kita bingung...namun kita usah lupa bahawa kita tidak dapat kawal pasaran forex. Adakala boleh terjadi seperti apa yang tidak kita jangka. Kerana itu kiraan MM akan mengawal kerugian kita...kita letak volume yang jika hit SL kita dah tahu berapa % yang bakal loss dari modal kita...walau kita dah follow semua rules tapi masih loss...anggap lah itu sebagai wang zakat kita yang dulu-dulu kita terlupa keluarkan. 

Wah emo pulak entry kali ni...
Ayuh: kuat sengat ye dalam trading. Maju dan terus maju.
Anda guna teknik anda dan saya guna teknik saya...namun kita tetap boleh profit sama-sama.

Saya sentiasa mendoakan anda semua.

Tiada ulasan: