BLOG INI HANYA BERKONGSI INFO SAHAJA.

  • Ditulis oleh
  • - Sabtu, Jun 15, 2013
  • -
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa yang kita mahu hanya lah satu cara trading yang santai dan hasil profit yang menten. Maksud di sini yang untung walau sedikit namun tiada rugi. Untuk dapatkan pergerakkan aliran keuntungan yang begitu bukan lah semudah petik jari. Modal bukan ukuran begitu juga dengan teknik. Yang menjadi pokoknya hanya satu sahaja iaitu disiplin. Contohlah kita baru belajar dengan seorang guru forex. Kita tidak sabar dan langgar aturan yang ditetapkan oleh guru itu, dan trading kita tidak memuaskan, lalu kita merasakan bahawa teknik guru itu tidak berkesan, tetapi kita silap disitu. Jika mengalami kerugian. Cuba dalami lagi teknik tersebut. Jangan mengejar teknik. Mahirkan dulu. Untuk mahirkan diri bukan sehari atau dua hari. Sekarang jika anda telah punyai satu teknik, fokus dan cuba cari kelebihan teknik tersebut. Setiap teknik ada kelebihan dan kekurangannya.

Saya lampirkan satu akaun forex yang hanya bermodalkan USD16.80 yang saya mula trade pada Selasa 11 Jun 2013.
Ini yang saya maksudkan bahawa modal bukan ukuran. Namun jangan pula fikir dengan modal usd16.80 tu esoknya kita dapat untung hingga 200usd. Dengan teknik lain mungkin boleh namun dengan Teknik Frx30 itu bukan satu yang mudah. 



Teknik Frx30 santai namun amat rumit untuk trader baru. Untuk menguasainya memang amat payah. Hanya trader yang cekal sahaja boleh menguasainya dengan baik. Namun apakala telah menguasainya, trader tersebut baru dapat merasai kesantaian nya. 

Di sini saya suka mencadangkan kepada trader-trader baru bahawa genggamlah teknik yang ada sekarang. Jangan jadi pemburu teknik. Dan saya mendoakan semoga semua trader berjaya profit dengan sebaiknya.

Saya sentiasa memberi semangat kepada anda.
Jom kita Santai Trtading walau dengan teknik mana pun yang anda guna.

Tiada ulasan: