PENTINGNYA KESABARAN DALAM TRADING.

  • Ditulis oleh
  • - Isnin, Mac 18, 2013
  • -


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kenapa rata-rata trader kalah dengan kesabaran?
Bila rugi dan kena cutloss semasa trading mula lah pasang niat untuk ikut peraturan pada keesokkan hari nya. Tapi bila tiba esoknya masih lakukan benda yang sama. Tidak sabar menunggu signal muncul. Tidak sabar jika signal muncul tidak cukup syarat tapi nak juga ada entry pada setiap masa.

Perlu diingatkan bahawa kita kena ikut pasaran dan bukan kita nak pasaran ikut kita. Jadi bila signal tunjuk tidak boleh melakukan entry maka kita kena nekad lah untuk tidak klik sebarang entry.

Letak di hati bahawa kita kena sayangkan USD kita. Jangan biarkan hilang begitu sahaja. Dan bila terjun dalam bidang forex ini kita kena ingat bahawa kita bermain dengan USD dan setiap apa yang kita klik di hujung jari, risikonya kita kena tanggung sendiri.

Sekian untuk kali ini. 


Tiada ulasan: